Klik Di sini

Sunday, January 9, 2011

Program Gaya Hidup Sihat 2011

Salam
Bersama Persatuan kebajikan Shah Alam, kami telah terlibat dengan program komuniti yang dipanggil Gaya Hidup Sihat 2011. Program yang dibaiayai oleh Lembaga Promosi Kesihatan ini telah dilancarkans secara rasmi oleh Dato Nawawi Mohd Zin di Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam pada 8 Januari 2011.


Program yang sama turut berlangsung di Kemensah Ulu Kelang.

Pihak Lilcent Events telah dipertanggungjawabkan mengkoordinasi dan mengendalikan beberapa segmen termasuk Treasure Hunt Kesihatan yang bakal berlangsung di lokasi yang sama pada 22 dan 23 Januari 2011.


Tulisan lengkap mengenai program ini boleh di ikuti di http"//mohsenamdan.blogspot.com

Monday, October 25, 2010

Lifestyles Charity Run

Salam
16 Oktober 2010
Bukit Cherakah

Pelanggan setia kami - Lifestyles  menjemput kami sekali lagi untuk menyediakan perkhidmatan sistem bunyi bagi program mereka bersempena sambutan tahun ke 9 Lifestyles di Malaysia. Syarikat yang terkenal dengan produk mereke - INTRA ini menganjurkan larian amal bagi tujuan menyokong National Cancer Association. Hampir 200 rang menyertai larian amal ini dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. 




Lilcent tiba seawal jam 7 pagi bagi menyediakan sistem bunyi dan majlis bermula pada jam 8.30 pagi. Selesai larian amal ini, peserta di jamu dengan air Intra dan nasi goreng ayam!!!

Saturday, August 28, 2010

Gema Simfoni di Cyberview Lodge Resorts

Salam
26hb Ogos 2010
Cyberview Lodge Resorts

Lilcent Events telah ditawarkan oleh Sirius Communication untuk menjayakan majlis berbuka puasa Hewlett Packard di lokasi seperti tertera di atas. Peresembahan yang diminta kali ini ialah Gema Simfoni - iaitu kumpulan Gamelan yang berada di bawah kendalian saya. 

Persembahan sebanyak 2 set ini dimainkan bermula 6.30 petang pada set pertama dan 8.15 malam pada set kedua. Berikut ialah senarai penuh repertoire pada hari tersebut

1. Topeng
2. Ikan Kekek
3. Dayung Sampan
4. Wau Bulan
5. Malam Bulan Dipagar Bintang
6. Anatawada
7. Dikir Puteri
8. Inang Cina
9. Suriram
10. Jalan - jalan





.

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Resepsi di FRIM Kepong

Salam
Lilcent Events Specialist telah diminta oleh Saudara Zulfikar - seorang kenalan lama semasa di bangku sekolah menengah untuk merancang persembahan hiburan semasa majlis perkahwinannya berlangsung. Unik majlis ini kerana ia meraikan 2 pasang pengantin iaitu Zulfikar dan adik lelakinya. Setelah perbincangan secara teliti diadakan, Lilcent mencadangkan Kuintet Teranchang untuk membuat persembahan sepanjang majlis berlangsung. Oleh kerana tema majlis ini ialah English Garden, maka lagu - lagu yang dimainkan lebih bersifat kontemporari; Melayu, Indonesia dan Inggeris

Kuintet Teranchang

Persembahan dimulakan dengan instrumental secara spontan dan disusuli beberapa lagu sebelum lagu Aku dan Dirimu dimainkan bagi mengiringi acara memotong kek. Senarai penuh lagu adalah seperti berikut

Bunyi Gitar
L.O.V.E
Just The Two of Us
Wild World
Zapin Bunga Hutan
Si Dia Datang - Duet bersama tetamu
Wajah Kesayangan Hamba 
Cek Mek Molek - Duet bersama tetamu
Widuri - Dinyanyikan oleh tetamu
Laskar Pelangi
Iris
Rindu Lukisan
All My Life
Blues Orang Kahwin
Sempurna
Asmara
Lagu Kita

Sunday, June 13, 2010

Persembahan Gamelan - Gema Simfoni di Sunway Hotel Resorts & Spa





Rehearsal
9 Jun 2010
Sunway Hotel Resorts & Spa
Malaysia Finance Association

Saya di hubungi oleh Pn. Norhanim Dewa - Pengarah Program anjuran MFA ini melalui Tourism Malaysia untuk mengadakan persembahan Gamelan pada acara ini.
Kali ini saya membawa salah satu kumpulan gamelan yang saya kendalikan iaitu Gema Simfoni dan saya sendiri turut bermain pada malam tersebut.

Antara tetamu yang hadir

Tiba kira - kira jam 5 petang, kami selesai melakukan rehearsal pada jam 6 petang. Selesai solat maghrib kami terus ke pentas bagi memulakan persembahan. 2 set repertoire telah kami sediakan pada malam tersebut. Set 1 dimainkan untuk mengiring tetamu masuk terdiri dari lagu berikut
1. Topeng
2. Wau Bulan
3. Jalan - jalan (lagu baru)
4. Pendekar
5. Lenggang Kangkung
6. Bangau

Majlis secara rasmi bermula pada jam 8.15 malam dan sebelum kami membuat persembahan set ke 2, kumpulan Bag-Pipe mengambil tempat dengan persembahan mereka.


Menarik persembahan mereka ini

Untuk set ke 2, kami memainkan lagu berikut.
1. Shanghai Beach
2. Malam Bulan Di pagar Bintang
3. Dikir Puteri
4. Joget Mari Gembira
5. Suriram
6. Inang Cina
7. Dayung Sampan
8. Ikan Kekek


Beberapa tetamu dari luar negara yang turut serta di majlis ini kelihatan sangat teruja dengan persembahan kami. Ada yang mengambil gambar bersama, ada juga yang menelefon seseorang dan menghalakan telefonnya ke arah kami!
Lagu Joget Mari Gembira yang liriknya ditulis oleh saya dan lagu nya digubah oleh Zulkifli (Dewangga Sakti) kira - kira 9 tahun dahulu mendapat sambutan sehingga kami memainkannya sebanyak 2 kali. Saksikan videonya di sini. Juga terdapat video lagu bertajuk Jalan - Jalan. Klik di sini

Majlis selesai kira - kira jam 10 malam.

Lilcent Events Specialist

Salam perkenalan

Lilcent Event Specialist merupakan salah satu sayap perniagaan Lilcent Total Solutions yang telah pun berlangsung sejak 2005 lagi.
Blog baru ini merupakan kesinambungan dari blog terdahulu iaitu http://lilcentevents.blogspot.com dan Lilcent telah membuat keputusan untuk mewujudkan blog baru ini sebagai salah satu strategi kami memudahkan pengurusan blog - blog kami yang lain iaitu
http://mohsenamdan.blogspot.com
http://bolarotan.blogspot.com
http://lilcentsmartshop.blogspot.com

Semoga dengan terlancarnya blog ini, kami akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.

Sekian

Mohsen Amdan