Klik Di sini

Sunday, June 13, 2010

Persembahan Gamelan - Gema Simfoni di Sunway Hotel Resorts & Spa





Rehearsal
9 Jun 2010
Sunway Hotel Resorts & Spa
Malaysia Finance Association

Saya di hubungi oleh Pn. Norhanim Dewa - Pengarah Program anjuran MFA ini melalui Tourism Malaysia untuk mengadakan persembahan Gamelan pada acara ini.
Kali ini saya membawa salah satu kumpulan gamelan yang saya kendalikan iaitu Gema Simfoni dan saya sendiri turut bermain pada malam tersebut.

Antara tetamu yang hadir

Tiba kira - kira jam 5 petang, kami selesai melakukan rehearsal pada jam 6 petang. Selesai solat maghrib kami terus ke pentas bagi memulakan persembahan. 2 set repertoire telah kami sediakan pada malam tersebut. Set 1 dimainkan untuk mengiring tetamu masuk terdiri dari lagu berikut
1. Topeng
2. Wau Bulan
3. Jalan - jalan (lagu baru)
4. Pendekar
5. Lenggang Kangkung
6. Bangau

Majlis secara rasmi bermula pada jam 8.15 malam dan sebelum kami membuat persembahan set ke 2, kumpulan Bag-Pipe mengambil tempat dengan persembahan mereka.


Menarik persembahan mereka ini

Untuk set ke 2, kami memainkan lagu berikut.
1. Shanghai Beach
2. Malam Bulan Di pagar Bintang
3. Dikir Puteri
4. Joget Mari Gembira
5. Suriram
6. Inang Cina
7. Dayung Sampan
8. Ikan Kekek


Beberapa tetamu dari luar negara yang turut serta di majlis ini kelihatan sangat teruja dengan persembahan kami. Ada yang mengambil gambar bersama, ada juga yang menelefon seseorang dan menghalakan telefonnya ke arah kami!
Lagu Joget Mari Gembira yang liriknya ditulis oleh saya dan lagu nya digubah oleh Zulkifli (Dewangga Sakti) kira - kira 9 tahun dahulu mendapat sambutan sehingga kami memainkannya sebanyak 2 kali. Saksikan videonya di sini. Juga terdapat video lagu bertajuk Jalan - Jalan. Klik di sini

Majlis selesai kira - kira jam 10 malam.

No comments:

Post a Comment