Klik Di sini

Tuesday, July 6, 2010

Majlis Resepsi di FRIM Kepong

Salam
Lilcent Events Specialist telah diminta oleh Saudara Zulfikar - seorang kenalan lama semasa di bangku sekolah menengah untuk merancang persembahan hiburan semasa majlis perkahwinannya berlangsung. Unik majlis ini kerana ia meraikan 2 pasang pengantin iaitu Zulfikar dan adik lelakinya. Setelah perbincangan secara teliti diadakan, Lilcent mencadangkan Kuintet Teranchang untuk membuat persembahan sepanjang majlis berlangsung. Oleh kerana tema majlis ini ialah English Garden, maka lagu - lagu yang dimainkan lebih bersifat kontemporari; Melayu, Indonesia dan Inggeris

Kuintet Teranchang

Persembahan dimulakan dengan instrumental secara spontan dan disusuli beberapa lagu sebelum lagu Aku dan Dirimu dimainkan bagi mengiringi acara memotong kek. Senarai penuh lagu adalah seperti berikut

Bunyi Gitar
L.O.V.E
Just The Two of Us
Wild World
Zapin Bunga Hutan
Si Dia Datang - Duet bersama tetamu
Wajah Kesayangan Hamba 
Cek Mek Molek - Duet bersama tetamu
Widuri - Dinyanyikan oleh tetamu
Laskar Pelangi
Iris
Rindu Lukisan
All My Life
Blues Orang Kahwin
Sempurna
Asmara
Lagu Kita

No comments:

Post a Comment